Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Thursday, April 19, 2012

PERSEDIAAN AWAL KONVO 2012

Assalammualaikum dan selamat berjumpa kembali..lama saya tidak menulis dan berkongsi idea dan berita di blog ini..menyepikan diri kerana sibuk dengan rutin kerja sbg guru dan pendidik.Namun saya mencuri juga ruang..setelah lama di tinggalkan.
Pada 18hb.April 2012 tadi,tenaga pengajar dan PPM telah membuat persediaan awal bergambar untuk persediaan konvokesyen prasekolah 2012.Bukan beria-ia..tetapi pengalaman 3 tahun yang lepas mengajar kami untuk membuat persediaan awal ..supaya di akhir tahun kami tidak kalut lagi.
Alhamdulillah..semua dapat menghadirkan diri..yang demam dan yang sakit kerana kecederaan di kaki,yang ada keuzuran untuk menziarahi kematian..datang juga ke sekolah untuk sesi bergambar ini.
Sesi bergambar ini adalah permintaan ibu bapa.Kami menawarkan pakej berbayar sebanyak Rm 21 dengan menerima folder gambar dan sijil tamat persekolahan prasekolah.1 kping gambar (bersaiz besar)2 keping gambar individu dan 1 keping gambar kelas.
Tawaran ini adalah berbaloi..kerana harga asal ialah rm25.Pihak prasekolah tidak mengambil sebarang untung pun.Hanya tumpang gembira melihat mereka dan ibu bapa mereka tersenyum bila gambar konvo mereka sudah siap.
di bawah ini adalah antara gambar2 peristiwa yg berlaku pada 18 hb tersebut.yang lain tunggu pihak kedai gambar hantar "memoru card" gambar tuu..yang ini hanya guna kamera digitial biasa aje.
Lihat2 lah dan berkongsilah ilmu dan pandangan dengan saya.
Tulus Etika,
dLa Hn








Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

No comments:

Post a Comment