Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Friday, December 21, 2012

ETIKA GURU PRASEKOLAH

       Assalamualaikum rakan pembaca blog yang setia dan yang baru berkunjung di Blpg Praekolah SK Alor Pongsu. 2013 semakin menghampiri,dan semakin ternampak-nampak jualah akan kekalutan yang berlaku di kalangan kita guru-guru prasekolah (dalam konteks ini,saya bukan mengatakan hanya guru prsekolah sahaja yang sibu dan menidakkan kesibukan guru2 aliran perdana yang lain)  Dalam saya mencari-cari kekuatan, idea dan semangat untuk mencipta sesuatu yang baru dalam kerjaya saya sebagai guru Prasekolah bagi tahun 2013 saya tertarik dengan entri yang saya jumpa dalam internet..disini..saya memohon kemaafan kerana sy terlupa utk meng"highlightkan"..info tersebut..yang saya http://www.slideshare.net/izzahkhalil/kod-etika-guru-prasekolah .saya hanya ambil dari scribed..so mmg tak  edit.Saya ingin berkongsi ilmu disitu..ilmu tentang ETIKA GURU PRASEKOLAH...membacanya memberikan saya wadah dan semangat yang baru dalam dunia pendiidkan awal kanak-kanak.Malahan saya merasakan ia merupakan satu teguran, nasihat dan juga petunjuk untuk saya menjadi GURU PRASEKOLAH YANG LEBIH BERTANGGUJAWAB terhadap anak-anak murid saya nanti. Ia juga seolah-olah satu "pemadam lembut"..yang ingin membetulkan kesilapan  yang telah saya lakukan tanpa sedar saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada penulis bahan tersebut.
    Sebelum memperkatakan Etika;apa itu etika..di sini saya berkongsi dengan pembaca akan makna etika itu sendiri;Bacalah para pembaca semua...
 Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang berarti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupa¬kan istilah dari bahasa Latin, yaitu “Mos” dan dalam bentuk jamaknya “Mores”, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghin-dari hal-hal tindakan yang buruk.
     Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat pula; Etika bermaksud(étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.
Setelah membaca definisi dan maksud etika ini, marilah sama-sama kita meneruskan pembacaan kita bawah ini untuk menambah ilmu pengetahuan kita dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini.Jom baca..

10.8   KOD ETIKA PERLAKUAN GURU  PRASEKOLAH

Adakah anda seorang guru  prasekolah  yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :   
·       meletakkan  kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang utama. Kanak-kanak  adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima, dihormati  dan dilayan dengan cara yang terbaik.
·        Anda sentiasa menunjukkan  kelakuan yang  mengambil berat  tentang mereka.  Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan  pada bahunya, duduk bersama  mereka, dan memeluk mereka jika perlu dan  memberitahu  kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil berat terhadap mereka.
                  
                        
       10.8.1  Etika Tanggungjawab  Kepada  Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah  wajar anda mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut:
·       Peka terhadap perasaan  kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
·       Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-kanak kami daripada hal-hal lain.
·       Sedia mendengar  suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
·       Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.  
·       Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan  dan memaksimakan  komunikasi  bersama kanak-kanak.
·       Sentiasa  melindungi hak kanak-kanak.
·       Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
·       Menerima kanak-kanak sebagai individu  yang berbeza dan menggunakan aspek yang positif  dalam  kumpulan kanak-kanak.
·       Membuat kawalan yang baik daripada membuat  ugutan (threatening).
·       Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan  dan memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan  apabila mereka dalam keadaan  yang kebingungan dan  keliru.
·       Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
·       Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi  dalam kumpulan.
·       Meningkatkan dan memaksimakan komitmen  terhadap kekuatan dan potensi kanak-kanak. 
·       Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran mereka.



Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )

P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan  kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat  dalam  
          membahayakan  kanak-kanak dengan apa cara sekali pun. Kita tidak boleh
          menindas, merosakkan  anggota  fizikal kanak-kanak.
P-1.2.Kita  tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak
         yang  memberi kelebihan  kepada aktiviti yang  berlandaskan  agama, bangsa, 
        warganegara,  kebolehan,  status,  kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.
P-1.3.Kita  perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam  memberi keputusan  
        yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.
P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
        fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu  tentang undang-undang dan akta dalam
       melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan  kanak-kanak, kita perlulah
       melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan
      diambil.



                                         

  10.8.2   Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa           
Pendidik kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga kanak-kanak seperti:
·       Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang mementingkan manusia lain. 
·       Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
·       Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang berhak mengetahuinya. 
·       Kita tidak boleh menceritakan  hal kanak-kanak di hadapan ibu bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-kanak.
·       Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
·       Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak  mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
·       Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
·       Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
  

Etika  Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga ( Etika NAEYC)

P2.1  Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga kanak-kanak daripada memasuki bilik 
         darjah.
P2.2  Kita akan memberitahu keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi
         dan kelayakan akademik
P2.4  Kita akan melibatkan keluarga dalam membuat keputusan penting yang
         melibatkan anak mereka.
P2.5  Kita akan memberitahu keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan
         semasa di sekolah.
P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan
        yang melibatkan kanak-kanak dan mereka akan diberi peluang sama ada
        memberi atau tidak memberi persetujuan.
P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga. Kita tidak
       akan menggunakan perhubungan kita dengan keluarga untuk kepentingan
       peribadi atau keuntungan diri sendiri.
P2.8  Kita akan mengekalkan kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak
       mereka terhadap hal-hal peribadi.

       
             
10.8.3  Etika Tanggungjawab  Kepada Masyarakat
Guru pendidikan awal kanak-kanak  harus memupuk kesantunan  diri kepada kanak-kanak di bawah  jagaannya supaya menghormati  ibu bapa dan orang yang lebih tua
·       Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang  bertentangan dengan adat  dan budaya  masyarakat.
·       Berpegang kepada tingkah laku  yang sopan dan diterima  oleh masyarakat.
·       Mempamerkan  bahasa pertuturan yang baik untuk  menjadi ikutan  kanak-kanak dan  keluarga.
·       Menunjukkan cara berpakaian  yang sopan  dan  terpuji.
       Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
·       Mengelakkan diri dari melakukan  perbuatan yang sumbang pada mata masyarakat.
·       Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

10.8.4 . Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir
Guru mempunyai  etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar atau pengurus di premis nursery  iaitu :
·       sentiasa patuh kepada arahan  perkhidmatan  atau arahan guru besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan  menepati masa datang dan waktu  balik sangat penting.
·       Guru  mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah. Guru tidak boleh  balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah masing-masing.
·       Guru  perlu menunggu  kanak-kanak sehingga ibu bapa  mereka menjemput mereka balik.
·       Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan  masa paling lewat untuk mengambil anak mereka dan sekiranya  lewat perlu dimaklumkan lebih awal dan  bayaran  lebih masa perlu dikenakan  mengikut jam yang ditetapkan.
·       Guru tidak boleh meninggalkan  kanak-kanak tanpa guru lain atau pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-kanak.
·       Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
·       Guru  hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan dan mendapatkan keizinan  dari ibu bapa atau penjaga tentang lawatan yang hendak dilaksanakan.
·       Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan dari pentadbir, dan sekiranya memungut  yuran atau sumbangan wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.

   10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan sejawat  kepada  anda dalam melaksanakan  aktiviti–aktiviti  di prasekolah. Anda yang menentukan senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah. Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh  pekerja adalah seperti berikut:
·       Mempastikan  prasekolah sentiasa bersih  dan kemas di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya mengelap lantai  bilik darjah setiap hari selepas kanak-kanak  meninggalkan bilik darjah.
·       Memasak makanan mengikut  menu yang anda ditetapkan pada setiap hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya  sentiasa bersih dan cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan keracunan makanan.
·       Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
·       Anda perlu  membimbing pekerja  supaya  memahami psikologi kanak-kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk kanak-kanak melakukannya  contohnya sentiasa mengucapkan terima kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya kanak-kanak melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.

10.9  GURU SEBAGAI MODEL
Seorang guru  prasekolah   mesti berkelakuan baik  dan berfikir dengan cara yang berbeza  daripada  guru sekolah  rendah. Guru  prasekolah perlu mempunyai  keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. Guru perlu menunjukkan  model yang baik .
”If  we want  them to treat ech other with  courtesy and dignity, then  we must  do the same to them.” ( Betty 2004 )
Guru  mestilah  melakukan  perkara-perkara yang positif seperti berikut:
·       Bercakap  dengan lemah lembut.
·       Biar kanak-kanak tahu  yang guru  memuji apa yang baik mereka lakukan.
·       Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan  memang  istimewa.
·       Guru menunjukkan  cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh  duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.
·       Demonstrasi  kelakuan yang sopan dengan  orang  dewasa yang lain dalam  bilik darjah. Ini kerana  kanak-kanak sangat berminat untuk memerhati orang dewasa   berinteraksi dan selepas  memerhatikan kanak-kanak akan meniru tingkah laku tersebut.
·       Galakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja kanak-kanak. Bermain  adalah konsep belajar  yang merupakan pengalaman  yang bermakna.
·       Guru sebagai pengurusi. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak kebebasan dan  berdikari untuk membuat keputusan  tentang aktiviti yang mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..”Play  is a natural avenue for children learning” Beri peluang kanak-kanak memilih alat mainan  yang mereka minati.
             Guru menjadi fasilitator bermakna memudahkan pembelajaran kanak-kanak. 
             Guru sebagai  pemandu ( Instructor ) perlu mempraktikkan perkara berikut:
·       Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan yang konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan  untuk memulakan perbualan. Guru menarik perhatian kanak-kanak sebagai contoh bahan blok. Guru boleh juga sediakan bahan yang baru.
·       Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.
Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk  kanak-kanak, tentu banyak jawapan  yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah  mudah didekati, peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar ”warmth,sensitivity,energy, sense of humor, flexibility,or patience.” (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).

    Saya rasa entri kali ini mungkin cukup panjang..seperti panjangnya laluan 2013 yang kaan bermula tak beberapa lama lagi..seperti panjang perjalanan 2013..tetapi dengan kesibukankerja kita nanti ..kita akan merasakan..sekejapnya masa berlalu.Harapan dan doa saya semoga entri kali ini memberi info kepada kita semua rakan guru..

Sekian dari saya,
Tulus Etika..

Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Monday, December 10, 2012

LESTARI PRASEKOLAH

ASSALAMMUALAIKUM pembaca dan pengunjung blog Prasekolah SK Alor Pongsu..syukur bertemu lagi di hujung-hujung tahun 2012..tetapi sebenarnya sedang mengorak langkah dan azam untuk tahun 2013. Saya ingin menarik perhatian pembaca dengan entri Lestari Prasekolah. Apakah maksud lestari ? Lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 932.)..Oleh yang demikian bila kita sebut Lestari Prasekolah, maka bunyinya seperti tidak berubah-ubah atau kekal prasekolah atau kalau kita terbalikkan Prasekolah yang kekal.Namun kalau dalam konteks pengisian prasekolah itu dari segi ABP,Kurikulum,Objektif,Matlamat dan Prinsip Prasekolah ia boleh dikatakan Lestari Prasekolah. Namun hakikatnya pada waktu ini,inilah yang sedang difikirkan..Lestari Prasekolah seolah-olah inginkan pemertabatan Prasekolah dari segi tenaga pengajar (guru dan JU dan PPM) seterusnya kepada pengurusan tugas,tanggungjawab dan pedagogi. Ia melibatkan kerjasama antara pihak atasan dan tenaga pengajar itu sendiri. Namun jika pengurusan dan pedagogi tidak selari dengan konsep prasekolah itu..maka akan pincanglah perjalanan prasekolah. Dalam konteks ini, pihak atasan atau pentadbir perlu melibatkan diri dengan kefahaman yang jelas akan intipati prasekolah..jika hanya sekadar di bibir dan tiada penghayatan..mana mungkin intipati prasekolah dan lestari prasekolah itu tercapai.
Penghayatan prasekolah bukan hanya penghayatan dari segi matlamat, objektif, tujuan tetapi juga dari segi Kurikulumnya sendiri.(KSPK) dan kaedah-kaedah dalam pedagogi. Mana mungkin seorang guru atau pihak pentadbir dapat memperkatakan akan prasekolah tetapi tidak benar-benar menghayati intipati prasekolah. Saya pernah terbaca pepatah arab ada menyatakan " Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu..ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan?" dan pepatah melayu pula, " Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Sebab itulah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak .

Mungkin inilah harapan yang sedang di semai di Prasekolah SK ALor Pongsu'





Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Guru Prasekolah Berkualiti

Assalammualaikum...lama saya menyepikan diri dalam blog ini..ntahlah kerana kesibukan dunia dengan kisah kesihatan anak2 dan suami yg tidak menentu. Ditambah lagi dengan situasi sambung belajar,menjaga mertua yang sakit,tugasan di sekolah dengan pelbagai aktiviti 2012..sy terpaksa mengenepikan rutin mengupload bahan dalam blog ini...bila nak cepat saya banyak upload dalam fb saya Noradilah Hj Nain atau dalam fb Prasekolah Sk Alor Pongsu.Masa cuti2 nii..selain membaca novel,saya juga ada melihat bahan2 utk peningkatan minda dan motivasi sbg guru prasekolah..walau tidak banyak dah terlibat dgn kursus2 akademik prasekolah..ttp jiwa dan minda kita jgn dibataskan dengan motivasi..ilmu tanpa batasan...bukan hanya dgn berkursus kita boleh mendapatkan ilmu..dan melalui entri kali ini,saya ingin berkongsi bahan seperti tajuk diatas..GURU PRASEKOLAH BERKUALITI..mungkin juga sebagai satu persediaan untuk tahun 2013.Slide power point ini adalah perkongsian ilmu PN HAJJAH FATIMAH ADAM (JIP IPG KDRI). Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini..ia dapat memberi kita satu motovasi dan muhasabah diri dalam meningkatkan kualiti kita sebagai GURU PRASEKOLAH...Insya Allah..amin.


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Tuesday, May 29, 2012

Tulus Etika ..di Seminar Pengurusan Prasekolah Berkualiti..

Seminar merupakan suatu pertemuan atau persidangan untuk membahas suatu masalah di bawah pimpinan ketua sidang (guru besar atau seseorang ahli). Pertemuan atau persidangan dalam seminar biasanya menampilkan satu atau beberapa pembicaraan dengan majalah atau kertas kerja masing-masing. Seminar biasanya diadakan untuk membahas suatu masalah secara ilmiah. Seminar tentang pemasaran suatu produk, tentu dihadiri oleh para pakar bidang pemasaran. Seminar pendidikan tentu saja dihadiri oleh para ahli pendidikan. Sementara itu, peserta berperanan untuk menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan pembahasan sehingga menghasilkan pemahaman tentang suatu masalah.
Walau tiada sesi soal balas berlaku (mungkin akibat keletihan pada sesi pembentangan Kajian tindakan)..Namun seminar ini cukup bermakna..cuma di masa akan datang..perisiannya tidak terlalu padat dengan pembentangan sehingga terpaksa di bahagikan kepada 2 bilik (akibat kekangan masa)..namun secara keseluruhannya pada penilaian saya (yang tidak dilantik pun jadi penilai)..ia BERJAYA.Tahniah.

Seminar pun bermula bila dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan sekolah.Pandangan beliau cukup jelas,cukup serius pada seminar ini..satu perkongsian ilmu yang perlu di ambil perhatian oleh guru2 yang hadir.teringat akan slaah satu intipati ucapan beliau,"Perkongsian ilmu akan berlaku pada mereka yang hadir.."betul tuu..apa yang di dengar dan dilihat secara live ini tidak akan sama dengan sedutan ilmu,gambar atau cerita2 dari rakan.Ramai yang hadir..40 orang satu daerah..so..400 orang yg dah tentu ada..memg padat.Tahniah kepada mereka yang hadir..dlaam demam,batuk dan ada yang dah sarat pun turut hadir.Panggilan ilmu..syukur kerana terpilih..dan yang terpilih tetapi tidak dapat hadir..mungkin tiada rezeki..tetapi yang ada nama tapi suka-suka tak mau hadir..sedih..satu2 yang rugi..amat rugi.."Apo nak dikato"..

Ini adalah salah satu ceramah ilmu yang cukup bermakna pada saya.Namun dalam ruang yg terbatas..tiada sesi soal jawab berlaku..yg lari sikit dari konsep Seminar..namun tak mengapa krn faham akan kekangan masa dan para peserta yang hadir dari jauh.Namun pn penceramh telah meninggalkan e mailnya utk sebarang pertanyaa.Bertuah kpd cikgu Masitah krn menjadi pengiring beliau..byk ilmu tuu..kak mas jgn lupa share dgn saya..penyejuk hati juga yaa..bila jadi pengiring..t.kasih kpd pn hajjah Anita..(mungkin ini idea pn hajjah)..balik pd asal..cetusan idea dr pun penceramah..satu idea yg hampir dlupakan oleh guru2 prasekolah..Idea memberi ruang kpd perkembangan emosi dan emergent knowledge for preschool student.Mungkin guru prasekolah sekarang sudah terlalu fobia dengan LINUS,KIA dan lain2..hingga menjadikan 3M sebagai yang utama dan menafikan yang 1 M iaitu menaakul..sedar atau tidak bila 3M dijadikan 4M? sebenarnya pendidikan sekarang seolah2 nak menarik semula akan konsep pembelajaran yang tidak hanya beroreintasikan peperiksaan..sedang mendengar taklimat..telinga sy terdengar..kalau asyik xperiment dan main2 bila murid boleh tulis dan baca..hhmmmm..malas nak bersuara..mungkin masih kurang faham akan dunia kanak2 dgn fitrah semulajadi bermain..sy nak fokus pd ceramah ini dulu..Harapan saya..selepas mendengar taklimat ini..guru2 prasekolah akan melaksanakan apa yg sepatutnya kpd anak2 murid kita.Ini yg sy lakukan dari dulu lagi..sebelum keluarnya KEMBARA,KIA dan LINUS dan ntah apa2 lagi. Rimas dan rungsing melihat kekalutan guru2 prasekolah yg terlalu terkejan2,kalut nak bagi murid pandai tulis,kira dan baca dgn cepat..sehingga mengabaikan naluri kanak2.Setuju sgt dgn kenyataan pn penceramah yang menyatakan tiada satu kajian pun di dunia ini yg menunjukkan budak yang dapat baca dgn cepat adalah murid yg berjya..bukan bilangan A yg kita nak kira..
Pernah ada suatu mesy.panitia BM..sy dipanggil juga..sy beri penerangan akan kurikulum prasekolah,isi kandungan kurikulum prasekolah.Mereka terkesima ..ada juga sy tedengar .."igt nak kenakan dia..rupanya aku yg terkena.." dan bila sy nyatakan akan kurikulum BM..mereka menyoal sy semula..kenapa dalam LINUS jauh sgt dgn kurikulum prasekolah..sy jawab no komen..nilai sendiri murid tahun 1 sebenar berumur 6+..masih dalam peringkat kognitif praoperasi..so nilai dan fikir sendirilah..bukan kecemerlangan akademik yang kita kejar..tetapi kecemerlangan sahsiah,ketekalan ilmu yg mereka terima.Namun jauh di sudut hati ini..jika selepas ini tiada tindakan susulan dari PPD atau JPN akan konsep pembelajaran prasekolah ini..nilai moral ini akan terhenti di situ sahaja..hati ini tetiba teringat akan zaman sy guru prasekolah ..era 2000-2006..(era suatu ketika dahulu..EH)..mungkin akan terkenangkannya..rindu akan situasi "Belajar Melalui Bermain"..aktiviti kumpulan, dan perkongsian ilmu tanpa mengira unit mana diri anda..Mohon pada rakan guru prasekolah yang membaca cetusan ini..kembalilah kita kepada Model Konseptual Prasekolah yang berasaskan ABP sebagai idea atau "pendinding"...hmmm
Inilah wajah tuan timbalan pengarah yang sempat saya ambil dari jauh...ucapan di majlis penutupan seminar ini.Terima kasih kepada tuan kerana mahu turun padang..menutup seminar ini...dan seterusnya sebenarnya memberi ruang kpd saya mendengar ucapan dan kata2 semangat.Pernah mendengar kata2 semangat dari beliau oleh orang lain yang menghadiri kursus di Park Avenue Sg.Petani Mac lalu (kalau tak silap)..apa yang jelas..apabila beliau menyarankan "guru-guru prasekolah jangan rendah diri"..itu saranan yang cukup bermakna buat saya sebenarnya..dan apabila ada pegawai PPD yang bertanya..cikgu merendah diri tak?sy menjawab sy Insya Allah akan sentiasa merendah diri tapi dalam status saya sbg guru prasekolah sy tidak pernah berasa rendah diri.Dua situasi yang berbeza bukan?Hmmm dalam konteks merendah diri ini...ada faktor lain yang menduga , yang merancang malahan kekadang memaksa kita merendah diri sebagai guru prasekolah.Hmmmm apa nak dikata.."aku hanya guru prasekolah.." mungkin keluhan itu bisa keluar..apatah lagi apabila tuan mengaitkannya dgn APC..rasa mcm jauh panggang dari api..tiada ruang,tiada peluang..telahan ini menjadikan guru2 prasekolah kekadang rasa kecewa dan terus rasa rendah diri...termasuklah sy...ada pilih kasih..itu yang kadang2 menyakitkan hati..lebih parah kalau pilih kasih tuuu dari PPD atau JPN yang hanya mensasarkan hanya guru prasekolah itu sahaja..dan kemelut ini berpanjangan bila di pihak sekolah pula memandang sepi setiap apa yang dilakukan oleh guru prasekolah tersebut..padanya tiada apa yang berharga..budak pandai baca?pandai tulis?hmmm biasalah dah mmg tugas guru prasekolah.so apa nak dikato lagi?Mungkin kita manusia lupa..lumrah manusia suka dipuji,dihargai,memberi dan menerima tapi adakah perkara ini berlaku pada guru prasekolah.Mungkin tahun 2013 nanti saya akan cuba buat kajian..bape ramai guru prasekolah yang mendapat APC dan bape kali dah dapat APC..(cakap aje..diri sendiri pun tak dapat APC lagi)...bunyi mcm dengki,macam PHD,mcm tak ikhlas aje buat keje.tapi sedar tak APC walau imbuhannya hanya RM1000..tapi title APC itu boleh melonjakkan semangat guru prasekolah tersebut.Kadang2 aku tersipu malu gak..bila ada yang meneka..hmmm cikgu adilah dah dpt APC kan?bape kali?..bila sy kata dah 13 tahun keje satu "A" pun tak ada..mana nak mai P dan C..terkedu mereka..kadang2 mulut laser nii cakap juga..hmmm orang lain guna aircond..saya pakai kipas kertas yang dilipat2 dari buku2 lama..tp bila bermuhasabah diri..tak adil untuk saya berkata demikian..balik ke pangkal jalan..Allah MAHA ADIL..penilaian ALLAH lebih tepat..biar tiada tempat di dunia..ada tempat di syurga sana ..untuk anak-anak..(mudahan berjaya dan sihat sejahtera semuanya)..Balik pada ucapan tn timb.pengarah.walau apa pun situasi kita..walau merendah diri,walau direndahkan diri kita..Bangkit dan tenang lah..Semua itu adalah ujian ALLAH untuk menguji keikhlasan kita.Allah tahu akan kemelut kita guru prasekolah..dgn bermacam karenah,dgn GB,PPD,JPN atau PPM..namun itu halanganya..baik buruk atau baiknya.Selagi kita bergelar pendidik selagi itu ada cabaran..dan selagi kita bernafas..selagi itu kita bergelar manusia..jadi walau apa pun kita..jadilah yang TERBAIK di mata anak2 didik kita.Semoga kita mendapat rahmat dari ALLAH..amin
Inilah gambar yang sempat di ambil pada majlis tersebut..itu pun sesudah di "crop"kan.Banyak kata2 semangat dari beliau.Tidak pernah memandang negatif pada sesuatu perkara yang didengar atau dilihat.Ada pendirian teguh yang membina semangat dan prinsip hidupnya.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan semangat ,kesejahteraan dan kasih sayang bagi insan2 yang berjuang dalam dunia pendidikan.Ya Allah berkatilah perjuangan kami ini.
Besarkan lampu ini...semoga cahaya dari lampu itu boleh diibaratkan itulah "cahaya ilham,penguat semangat" kepada rakan guru2 prasekolah yang hadir di seminar tersebut.Kita buang jauh2 semua kemelut dan halangan hanya dengan satu matlamat
PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...

Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?