Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Wednesday, November 23, 2011

bILA PeNA bERKATA-kATa

TAK PERLU KURANG AJAR
WALAUPU SESEKALI PERLU BERKASAR
JIKA SUARA MAHU DIDENGAR
BUKAN BERKOKOK BERDEGAR-DEGAR
BERGANJAK MENERJAH KE DEPAN ATAS RASA KESEDARAN
BERDIAM TAK MUNGKIN SELESAIKAN CARA
BERSOPAN MELONTAR KATA
USAH KERANA TERSILAP BAHASA TERCALIT CERCA DI PUNDAK BANGSA.
TANGKAS MENGATUR GERAK HEMAH DALAM BERTINDAK
DIATUR TUTUR USAH SAMPAI TERLAJAK
TUNDUK BERLEMBUT USAH SAMPAI DIPIJAK
BEBAS BERTEGAS USAH DIANGGAP BERLAGAK
KEBENARANNYA PASTI BERTAKHTA
TAK PERLU DITAGIH DIPINTA.
KEPERIBADIAN PERLU DIGILAP
AMANAH JUJUR DIGARAP
LANGKAH USAH TERSESAT
TAAT BIAR BERTEMPAT
USAH ADA YANG TERSIRAT
SOKONG BIAR BERHEMAH...USAH SOKONG MEMBAWA PADAH
DALAM TANGKAS BERTINGKAH...BERHATI-HATI TERSONGSANG LANGKAH
LEMBUT DAN MANIS DI DEPAN...SEMBILU BIAS DITUSUK DI BELAKANG
MARUAH BANGSA DIPERLEKEH...ASAL HAJAT MUDAH DIPEROLEH
BIASAN TAMAK BERLEBIH-LEBIH...
BIARLAH KEJUJURAN MULIA DI AWAL PERJALANAN
DI AKHIRNYA BERTAUT JUA KEIKHLASAN
BERMUKA-MUKA BUKANNYA AMALAN...
DAN USAH BERDIRI ATAS NILAI HARGA DIRI..SEDANGKAN BANGSA SENDIRI DIKHIANATI....
Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Monday, November 21, 2011

PERATURAN PRASEKOLAH SKAP..hasil perkongsian rakan PS..TQ.



PERATURAN PRASEKOLAH
SK ALOR PONGSU

1. KEHADIRAN murid ke kelas adalah sebelum 8.00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat.
2. Ibubapa/penjaga/waris WAJIB mengambil anak pada jam 12.00 tengahari setiap hari persekolahan.
3. Hari Isnin murid wajib menghadiri perhimpunan pagi di dataran SK ALOR PONGSU.
4. Pemakaian t-shirt sukan yang lengkap hanya pada hari SELASA dan KHAMIS.(perubahan akan dimaklumkan)
5. Pemakaian uniform prasekolah hanya pada hari ISNIN,RABU dan JUMAAT.Murid wajib memakai kasut sekolah putih dan bersarung kaki ke sekolah.
6. Semua hak milik murid seperti kasut perlulah ditanda nama murid untuk mengelak dari hilang.
7. Kehadiran murid ke sekolah adalah WAJIB.Ketidakhadiran murid perlulah dimaklumkan kepada guru atau disertakan dengan sijil sakit atau rawatan doktor.
8. Jika anak mempunyai masalah kesihatan ,perlu maklumkan kepada guru kelas masing-masing.
9. Sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing sekiranya anda tidak dapat mengambil anak anda pada hari persekolahan (sekiranya mewakilkan orang lain mengambil anak jagaan dari sekolah)
10. Maklumat ibu bapa/penjaga/waris di borang maklumat murid perlulah lengkap dengan dinyatakan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
11. Segala peraturan WAJIB di patuhi.


“PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI”
SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS;
………………………………
NORADILAH BINTI HAJI NAIN
(PENYELARAS PRASEKOLAH)
SK ALOR PONGSU
34300 BAGAN SERAI,PERAK
Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

CONTOH SURAT AKU JANJI SK ALOR PONGSU....hasil perkongsian dengan rakan PS



SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU
34300 BAGAN SERAI,PERAK

SURAT AKU JANJI

Saya …………………………………………………………….
Kad pengenalan bernombor ………………………………..
Beralamat …………………………………………………………………….
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan;
1) Mengambil anak di bawah jagaan saya bernama…………………………….. pada jam 12.00 tengahari pada setiap hari persekolahan.

2) Tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anan/murid dibawah jagaan saya jika ianya berlaku diluar waktu diatas.

Saya sesungguhnya faham bahawa saya perlu mematuhi peraturan diatas.

………………………………………
( tandatangan dan nama )

Tarikh : Cop sekolah :
Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Sunday, November 13, 2011




Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

PEMBERITAHUAN TAKLIMAT.

Makluman kepada semua Guru Prasekolah dan PPM Daerah Kerian.

Unit Prasekolah akan mengadakan satu taklimat pada :

Tarikh : 14hb. Nov 2011 ( Isnin )
Jam : 2.00 petang
Tempat : Dewan Malinja , PPD Lama

Kehadiran adalah diwajibkan.

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI

_________________
Azizah Abu Bakar
Penolong PPD PRASEKOLAH / PERMATA

*** Maklumat dipetik dari portal PPD Kerian.

Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Friday, November 11, 2011

MINIT CURAI ( 8-10 NOV 2011)

SKAP_WSSEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU ALOR PONGSU,

BAGAN SERAI,PERAK. Tel: 05 7217675

fax : 05 7219167

ABA 3001

MINIT CURAI/TAKLIMAT/MESYUARAT/KURSUS

Nama guru: Pn Noradilah binti Haji Nain

Perkara: MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PRASEKOLAH JABATAN PELAJARAN PERAK BERSAMA PEJABAT PELAJARAN DAERAH

Tarikh: 8 – 10 NOVEMBER 2011

Masa: 8.30 pagi – 10.30 malam

Tempat: EMERALD PUTERI HOTEL,SG PETANI

Penganjur: JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

LAPORAN RINGKAS:

1.PEMBENTANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN PRASEKOLAH

OLEH EN.HASIMAN B. ABIDIN

-FASA 1 : PENGREDDAN DAN PENARAFAN (TELAH DILAKSANAKAN)

-FASA 2 : PROGRAM BINA DIRI DAN SAYANGI SEKOLAH (Program rintis –ppd manjung)

-FASA 3 : Majlis Anugerah Perdana (17 Nov 2011)

11.LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI PRASEKOLAH PEJABAT PELAJARAN DAERAH

(EN.ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLI)

- Penerangan aktiviti yang dijalankan mengikut PPD masing-masing.

-250 buah sekolah prasekolah telah dipantau oleh ppd.

-Aktiviti yang dijalankan di PPD tidak sama antara daerah.

- sesuatu aktiviti yang dijalankan mestilah memberi impak kepada murid.

-aktiviti yang dijalankan terpulang kepada PPD masing-masing untuk meneruskan atau tidak.

2. DRAF PELAKSANAAN PROGRAM/AKTIVITI 2012 (10.11.2011)

UCAPAN TN HJ MOHD.PUAT BIN YUSOF

(Penolong Pengarah,Unit PAKK dan Prasekolah,Sektor Pengurusan Sekolah)

2.1.Pertambahan bilangan kelas sebanyak 22 buah kelas:

BIL

DAERAH

BIL KELAS

1.

BATANG PADANG

2

2.

HILIR PERAK

2

3.

HULU PERAK

2

4.

KERIAN

-SK Sg Setar

-St Mary.

5.

KINTA SELATAN

6

6.

KINTA UTARA

4

7.

LARUT,MATANG &SELAMA

1

8.

KUALA KANGSAR

2

9.

PERAK TENGAH

1

JUMLAH KELAS

22 Buah

2.2.Tambahan bilangan kelas baru (bangunan baru) – 4 buah kelas.

2.3. PERTAMBAHAN KELAS PELUASAN 2013 – SEBANYAK 11 BUAH KELAS

BIL

DAERAH

BIL KELAS

1.

BATANG PADANG

1

2.

HILIR PERAK

2

3.

HULU PERAK

1

4.

KERIAN (SK BARU,SK METHODIST)

2

5.

KINTA SELATAN

1

6.

MANJUNG

2

7.

LARUT,MATANG &SELAMA

1

8.

PERAK TENGAH

1

JUMLAH KELAS

11 buah

2.4.Dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)Pendidikan,kerajaan akan memberi tumpuan kepada sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

3.CABARAN NKRA:

3.1.Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah Negeri dan Daerah.

3.2- Pemantauan pelaksanaan KSPK.

3.3- Pemantauan perancangan dan pengurusan bantuan kepada murid prasekolah KPM

3.4 – Kursus/bengkel/taklimat pengurusan kepada Pengetua,GB,Penolong Kanan,Guru

Prasekolah dan PPM.

3.5 – Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar,luar Bandar dan

Pedalaman.

3.6 – Perkongsian Pintar bersama agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kesihatan Negeri,

KEMAS dan Perpaduan.

3.7- Memantau kemasukan data dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

di peringkat daerah dan negeri.

4.PELUASAN PRASEKOLAH 2011,2012 DAN 2013

* Isu pemilihan sekolah

* Penyertaan murid yang berkurangan

4.1- PPM

- Tidak dipenuhi

-penempatan sepanjang tahun

- pengambilan PPM sambilan terhad kepada mereka yang cuti bersalin

- status PPM sambilan yang belum dilantik

4.2 BANTUAN PERSEKOLAHAN PRASEKOLAH

- ikut retan bulan Oktober tahun sebelum

-masalah dalam penambahan murid selaras dengan kehendak NKRA

4.3 GURU MENGAJAR DI PRASEKOLAH

- guru opsyen prasekolah tidak mengajar prasekolah

- guru mengajar terlalu lama di sesebuah prasekolah

4.4 PROGRAM PRASEKOLAH JPN PERAK

4.4.1-Peningkatan kualiti dan imej

4.4.2-Peningkatan penyertaan murid

4.4.3-Galakan kepada Kajian tindakan dan inovasi

4.4.4-Fokus pelanggan

4.4.5-Peranan jawatankuasa daerah

4.5 HAL-HAL LAIN:

-isu pengurusan bantuan kewangan makanan murid (wang baki dan wang lebihan)

-isu lebihan guru opsyen prasekolah yg tidak mengajar kelas pasekolah

-Program motivasi kepada guru prasekolah ke arah pengwujudan kelas prasekolah yang

Mendapat pilihan ibu bapa.

-jawatankuasa prasekolah PPD perlu memainkan peranan,

-pembekalan plaka/cat utk menghasilkan mural kelas prasekolah yang lebih cantik.

-kajian tindakan dan inovasi untuk guru prasekolah satu keperluan di kelas prasekolah.

-guru yang kreatif dan inovasi perlu diketengahkan.

5.UCAPAN EN.ZAINOR AMRI BIN ZULKIFLI

(Penyelia Pengurusan Prasekolah,Sektor pengurusan Sekolah)

5.1 – POSTMORTEM KONVOKESYEN PRASEKOLAH (29.10.2011)

-Menyedarkan kepentingan guru prasekolah dan ppm

-Memberi pengalaman indah kepada murid-murid prasekolah

5.2 - LAPORAN JAWATANKUASA KECIL/PPD)

1.1 Buku program/laporan - PPD KERIAN

1.2 Teknik/siaraya/pengacara/multimedia - PPD KUALA KANGSAR

1.3 Jemputan/sambutan/protocol/persembahan/doa - PPD KINTA UTARA

1.4 Sijil/cenderamata/vip - PPD HILIR PERAK

1.5 Jamuan vip/tetamu/guru/ppm/murid - PPD MANJUNG

1.6 Publisiti/seranta/penajaan - PPD BATANG BADANG

1.7 Keselamatan/kebersihan/keceriaan -PPD KINTA SELATAN

1.8 Pendaftaran - PPD HULUPERAK

1.9 Pengurusan/pengawasan penerima sijil - PPD LMS

2.10 Persiapan dewan dan pentas -PPD PERAK TENGAH

- Setiap kelemahan perlu diperbaiki di masa akan datang kerana ini adalah permulaan.

5.3 MAJLIS ANUGERAH KUALITI KELAS PRASEKOLAH

-tarikh pelaksanaan 17.11.2011

-perbincangan aturcara majlis

-penyelarasan agihan tugas

PENUTUP

Setiap pihak dari akar umbi perlu bekerja sama dalam membangunkan prasekolah sesuai dengan slogan “PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI”.Ia juga merupakan satu tanggungjawab dan amanah kepada anak-anak prasekolah ini seperti yang tertulis di lencana prasekolah “HARAPAN BANGSA DAN NEGARA.”Mudah-mudahan setiap aktiviti yang dirancang bagi tahun 2012 akan terlaksana dan pelaksanaan perancangan tersebut perlulah lebih telus,beretika dan bertanggungjawab dari akar umbinya samada di pihak JPN,PPD dan kelas-kelas prasekolah itu sendiri.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Disediakan oleh;

NORADILAH BINTI HAJI NAIN,

GURU PRASEKOLAH SK ALOR PONGSU


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

WARNA WARNI MINIT CURAI VII ( 8-10 NOV 2011)












Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Monday, November 7, 2011

SYABAS ADIK ASHRAF BIN MOHD SHAREN



Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

Saturday, November 5, 2011

MINIT-MINIT CURAI 2011

ASSALAMMUALAIKUM PEMBACA BUDIMAN,

Terpanggil dengan cadangan atau arahan dari Pn Azizah..saya uploadkan minit-minit curai yang telah saya buat.Sebenarnya minit-minit curai ini telah ditulis dengan tangan..bila nak scan dan uploadkan di sini ia nampak tidak cantik jadi saya taip semula untuk tatapan pembaca.
Dalam minit curai ini,saya tidak masukkan Sambutan Konvokesyen Daerah kerana saya berpendapat semua guru Prasekolah Kerian terlibat.Gambar dan situasinya semua sudah mengetahui.
Minit-minit curai ini saya paparkan yang berkaitan dengan prasekolah sahaja,maksudnya ada juga mesyuarat lain yang saya hadiri seperti dari Pergerakan Puteri Islam Daerah dan Kelab Guru Cemerlang.Oleh kerana ia tiada perkaitan saya tidak uploadkan disini.
Melalui minit-minit curai ini,saya harap pembaca dapat mengetahui bahawa inilah mesyuarat yang saya hadiri dalam tahun 2011 yang ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan guru prasekolah daerah Kerian khususnya.Untuk pengetahuan juga,bagi tahun 2011 ini tiada sebarang kursus yang saya hadiri.Saya harap pembaca dapat memahami akan perbezaan antara kursus dan mesyuarat.Tajuk minit curai yang saya tulis juga adalah sama dengan tajuk surat panggilan mesyuarat yang saya terima.
Harapan saya,minit-minit curai yang saya kongsi bersama ini akan membantu rakan-rakan dan menjelaskan bilangan mesyuarat yang sebenarnya yang saya hadiri bagi tahun 2011.
Sekian,Harap maklum.

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI
TULUS ETIKA,
NORADILAH BT HAJI NAIN


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

MINIT CURAI 6 ( 1-4 NOV 2011)

SKAP_WSSEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU , Tel: 05 7217675

34300 BAGAN SERAI, Fax : 05 7219167

PERAK DARUL RIDZUAN ABA 3001

MINIT CURAI/TAKLIMAT/MESYUARAT/KURSUS

Nama guru: Pn Noradilah binti Haji Nain

Perkara: MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN SUB NKRA PRASEKOLAH BAGI PENGGANTIAN PERALATAN PERALATAN DAN BAHAN P&P PRASEKOLAH

Tarikh: 1-4 NOVEMBER 2011

Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: HOTEL REGENCY,ALOR SETAR,KEDAH

Penganjur: BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN,KPM

LAPORAN RINGKAS:

1.Ucapan dan taklimat dari PN ROGAYAH (Bahagian Pengurusan Sekolah)

1.1 Menyatakan akan tugas setiap peserta untuk membuat penilaian dan penambaikan bagi perabot-perabot yang disenaraikan untuk penggantian perabot prasekolah.

1.2 Peserta mesyuarat di bawa ke kilang perabot terpilih di Sanglang,Merbok dan Sg Petani bagi melihat dan memastikan kualiti bahan perabot tersebut mengikut ketetapan FRIM.

MASALAH:

1. Penggantian perabot berdasarkan peruntukan kewangan yang ada.

CADANGAN / TINDAKAN

1.Pihak prasekolah di sekolah perlu mengisi borang penggantian alatan perabot dan BBM bagi memastikan proses penggantian peralatan berjalan lancar.

DISEDIAKAN OLEH:

PN.NORADILAH BT HAJI NAIN

PENYELARAS PRASEKOLAH

SK.ALOR PONGSU


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

GAMBAR UNTUK MINIT CURAI 6 (1-4 NOV2011)









Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

MINIT CURAI 5 ( 4-5 OKTOBER 2011)

SKAP_WSSEKOLAH KEBANGSAAN ALOR PONGSU , Tel: 05 7217675

34300 BAGAN SERAI, Fax : 05 7219167

PERAK DARUL RIDZUAN ABA 3001

MINIT CURAI/TAKLIMAT/MESYUARAT/KURSUS

Nama guru: Pn Noradilah binti Haji Nain

Perkara: MESYUARAT SEMAKAN SISTEM MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH ZON UTARA

Tarikh: 1-4 NOVEMBER 2011

Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat: RESORT RIVERSIDE,KUALA KANGSAR

Penganjur: JPN PERAK

LAPORAN RINGKAS:

1.Ucapan dan taklimat dari En.Zainor

Menyatakan akan tugas setiap peserta untuk membuat semakan bagi sekolah di daerah masing-masing untuk ketepatan SMPK.

MASALAH:

SMPK dapat dijalankan dengan lancar jika sistem komputer tiada masalah .

1. CADANGAN / TINDAKAN

1.Pihak prasekolah SKAP sentiasa mengemaskini SMPK sekolah dengan agihan tugas oleh guru prasekolah Pn Noorzamriza.

2.Menghebahkan kepada rakan guru Kerian untuk sentiasa mengemaskinikan SMPK sekolah masing-masing.

DISEDIAKAN OLEH:

PN.NORADILAH BT HAJI NAIN

PENYELARAS PRASEKOLAH

SK.ALOR PONGSU


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

GAMBAR UNTUK MINIT CURAI 5 ( 4-5 OKTOBER 2011)







Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?