Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Monday, November 21, 2011

PERATURAN PRASEKOLAH SKAP..hasil perkongsian rakan PS..TQ.



PERATURAN PRASEKOLAH
SK ALOR PONGSU

1. KEHADIRAN murid ke kelas adalah sebelum 8.00 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat.
2. Ibubapa/penjaga/waris WAJIB mengambil anak pada jam 12.00 tengahari setiap hari persekolahan.
3. Hari Isnin murid wajib menghadiri perhimpunan pagi di dataran SK ALOR PONGSU.
4. Pemakaian t-shirt sukan yang lengkap hanya pada hari SELASA dan KHAMIS.(perubahan akan dimaklumkan)
5. Pemakaian uniform prasekolah hanya pada hari ISNIN,RABU dan JUMAAT.Murid wajib memakai kasut sekolah putih dan bersarung kaki ke sekolah.
6. Semua hak milik murid seperti kasut perlulah ditanda nama murid untuk mengelak dari hilang.
7. Kehadiran murid ke sekolah adalah WAJIB.Ketidakhadiran murid perlulah dimaklumkan kepada guru atau disertakan dengan sijil sakit atau rawatan doktor.
8. Jika anak mempunyai masalah kesihatan ,perlu maklumkan kepada guru kelas masing-masing.
9. Sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing sekiranya anda tidak dapat mengambil anak anda pada hari persekolahan (sekiranya mewakilkan orang lain mengambil anak jagaan dari sekolah)
10. Maklumat ibu bapa/penjaga/waris di borang maklumat murid perlulah lengkap dengan dinyatakan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.
11. Segala peraturan WAJIB di patuhi.


“PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI”
SAYA YANG MENJALANKAN TUGAS;
………………………………
NORADILAH BINTI HAJI NAIN
(PENYELARAS PRASEKOLAH)
SK ALOR PONGSU
34300 BAGAN SERAI,PERAK
Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

No comments:

Post a Comment