Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Friday, December 21, 2012

ETIKA GURU PRASEKOLAH

       Assalamualaikum rakan pembaca blog yang setia dan yang baru berkunjung di Blpg Praekolah SK Alor Pongsu. 2013 semakin menghampiri,dan semakin ternampak-nampak jualah akan kekalutan yang berlaku di kalangan kita guru-guru prasekolah (dalam konteks ini,saya bukan mengatakan hanya guru prsekolah sahaja yang sibu dan menidakkan kesibukan guru2 aliran perdana yang lain)  Dalam saya mencari-cari kekuatan, idea dan semangat untuk mencipta sesuatu yang baru dalam kerjaya saya sebagai guru Prasekolah bagi tahun 2013 saya tertarik dengan entri yang saya jumpa dalam internet..disini..saya memohon kemaafan kerana sy terlupa utk meng"highlightkan"..info tersebut..yang saya http://www.slideshare.net/izzahkhalil/kod-etika-guru-prasekolah .saya hanya ambil dari scribed..so mmg tak  edit.Saya ingin berkongsi ilmu disitu..ilmu tentang ETIKA GURU PRASEKOLAH...membacanya memberikan saya wadah dan semangat yang baru dalam dunia pendiidkan awal kanak-kanak.Malahan saya merasakan ia merupakan satu teguran, nasihat dan juga petunjuk untuk saya menjadi GURU PRASEKOLAH YANG LEBIH BERTANGGUJAWAB terhadap anak-anak murid saya nanti. Ia juga seolah-olah satu "pemadam lembut"..yang ingin membetulkan kesilapan  yang telah saya lakukan tanpa sedar saya sendiri. Terima kasih saya ucapkan kepada penulis bahan tersebut.
    Sebelum memperkatakan Etika;apa itu etika..di sini saya berkongsi dengan pembaca akan makna etika itu sendiri;Bacalah para pembaca semua...
 Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang berarti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupa¬kan istilah dari bahasa Latin, yaitu “Mos” dan dalam bentuk jamaknya “Mores”, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghin-dari hal-hal tindakan yang buruk.
     Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat pula; Etika bermaksud(étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.
Setelah membaca definisi dan maksud etika ini, marilah sama-sama kita meneruskan pembacaan kita bawah ini untuk menambah ilmu pengetahuan kita dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini.Jom baca..

10.8   KOD ETIKA PERLAKUAN GURU  PRASEKOLAH

Adakah anda seorang guru  prasekolah  yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :   
·       meletakkan  kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang utama. Kanak-kanak  adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima, dihormati  dan dilayan dengan cara yang terbaik.
·        Anda sentiasa menunjukkan  kelakuan yang  mengambil berat  tentang mereka.  Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan  pada bahunya, duduk bersama  mereka, dan memeluk mereka jika perlu dan  memberitahu  kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil berat terhadap mereka.
                  
                        
       10.8.1  Etika Tanggungjawab  Kepada  Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah  wajar anda mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut:
·       Peka terhadap perasaan  kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
·       Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-kanak kami daripada hal-hal lain.
·       Sedia mendengar  suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
·       Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.  
·       Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan  dan memaksimakan  komunikasi  bersama kanak-kanak.
·       Sentiasa  melindungi hak kanak-kanak.
·       Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
·       Menerima kanak-kanak sebagai individu  yang berbeza dan menggunakan aspek yang positif  dalam  kumpulan kanak-kanak.
·       Membuat kawalan yang baik daripada membuat  ugutan (threatening).
·       Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan  dan memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan  apabila mereka dalam keadaan  yang kebingungan dan  keliru.
·       Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
·       Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi  dalam kumpulan.
·       Meningkatkan dan memaksimakan komitmen  terhadap kekuatan dan potensi kanak-kanak. 
·       Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran mereka.



Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )

P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan  kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat  dalam  
          membahayakan  kanak-kanak dengan apa cara sekali pun. Kita tidak boleh
          menindas, merosakkan  anggota  fizikal kanak-kanak.
P-1.2.Kita  tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak
         yang  memberi kelebihan  kepada aktiviti yang  berlandaskan  agama, bangsa, 
        warganegara,  kebolehan,  status,  kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.
P-1.3.Kita  perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam  memberi keputusan  
        yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.
P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
        fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu  tentang undang-undang dan akta dalam
       melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan  kanak-kanak, kita perlulah
       melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan
      diambil.



                                         

  10.8.2   Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa           
Pendidik kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga kanak-kanak seperti:
·       Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang mementingkan manusia lain. 
·       Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
·       Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang berhak mengetahuinya. 
·       Kita tidak boleh menceritakan  hal kanak-kanak di hadapan ibu bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-kanak.
·       Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
·       Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak  mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
·       Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
·       Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
  

Etika  Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga ( Etika NAEYC)

P2.1  Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga kanak-kanak daripada memasuki bilik 
         darjah.
P2.2  Kita akan memberitahu keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi
         dan kelayakan akademik
P2.4  Kita akan melibatkan keluarga dalam membuat keputusan penting yang
         melibatkan anak mereka.
P2.5  Kita akan memberitahu keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan
         semasa di sekolah.
P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan
        yang melibatkan kanak-kanak dan mereka akan diberi peluang sama ada
        memberi atau tidak memberi persetujuan.
P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga. Kita tidak
       akan menggunakan perhubungan kita dengan keluarga untuk kepentingan
       peribadi atau keuntungan diri sendiri.
P2.8  Kita akan mengekalkan kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak
       mereka terhadap hal-hal peribadi.

       
             
10.8.3  Etika Tanggungjawab  Kepada Masyarakat
Guru pendidikan awal kanak-kanak  harus memupuk kesantunan  diri kepada kanak-kanak di bawah  jagaannya supaya menghormati  ibu bapa dan orang yang lebih tua
·       Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang  bertentangan dengan adat  dan budaya  masyarakat.
·       Berpegang kepada tingkah laku  yang sopan dan diterima  oleh masyarakat.
·       Mempamerkan  bahasa pertuturan yang baik untuk  menjadi ikutan  kanak-kanak dan  keluarga.
·       Menunjukkan cara berpakaian  yang sopan  dan  terpuji.
       Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
·       Mengelakkan diri dari melakukan  perbuatan yang sumbang pada mata masyarakat.
·       Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

10.8.4 . Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir
Guru mempunyai  etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar atau pengurus di premis nursery  iaitu :
·       sentiasa patuh kepada arahan  perkhidmatan  atau arahan guru besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan  menepati masa datang dan waktu  balik sangat penting.
·       Guru  mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah. Guru tidak boleh  balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah masing-masing.
·       Guru  perlu menunggu  kanak-kanak sehingga ibu bapa  mereka menjemput mereka balik.
·       Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan  masa paling lewat untuk mengambil anak mereka dan sekiranya  lewat perlu dimaklumkan lebih awal dan  bayaran  lebih masa perlu dikenakan  mengikut jam yang ditetapkan.
·       Guru tidak boleh meninggalkan  kanak-kanak tanpa guru lain atau pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-kanak.
·       Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
·       Guru  hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan dan mendapatkan keizinan  dari ibu bapa atau penjaga tentang lawatan yang hendak dilaksanakan.
·       Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan dari pentadbir, dan sekiranya memungut  yuran atau sumbangan wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.

   10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan sejawat  kepada  anda dalam melaksanakan  aktiviti–aktiviti  di prasekolah. Anda yang menentukan senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah. Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh  pekerja adalah seperti berikut:
·       Mempastikan  prasekolah sentiasa bersih  dan kemas di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya mengelap lantai  bilik darjah setiap hari selepas kanak-kanak  meninggalkan bilik darjah.
·       Memasak makanan mengikut  menu yang anda ditetapkan pada setiap hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya  sentiasa bersih dan cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan keracunan makanan.
·       Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
·       Anda perlu  membimbing pekerja  supaya  memahami psikologi kanak-kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk kanak-kanak melakukannya  contohnya sentiasa mengucapkan terima kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya kanak-kanak melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.

10.9  GURU SEBAGAI MODEL
Seorang guru  prasekolah   mesti berkelakuan baik  dan berfikir dengan cara yang berbeza  daripada  guru sekolah  rendah. Guru  prasekolah perlu mempunyai  keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. Guru perlu menunjukkan  model yang baik .
”If  we want  them to treat ech other with  courtesy and dignity, then  we must  do the same to them.” ( Betty 2004 )
Guru  mestilah  melakukan  perkara-perkara yang positif seperti berikut:
·       Bercakap  dengan lemah lembut.
·       Biar kanak-kanak tahu  yang guru  memuji apa yang baik mereka lakukan.
·       Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan  memang  istimewa.
·       Guru menunjukkan  cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh  duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.
·       Demonstrasi  kelakuan yang sopan dengan  orang  dewasa yang lain dalam  bilik darjah. Ini kerana  kanak-kanak sangat berminat untuk memerhati orang dewasa   berinteraksi dan selepas  memerhatikan kanak-kanak akan meniru tingkah laku tersebut.
·       Galakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja kanak-kanak. Bermain  adalah konsep belajar  yang merupakan pengalaman  yang bermakna.
·       Guru sebagai pengurusi. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak kebebasan dan  berdikari untuk membuat keputusan  tentang aktiviti yang mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..”Play  is a natural avenue for children learning” Beri peluang kanak-kanak memilih alat mainan  yang mereka minati.
             Guru menjadi fasilitator bermakna memudahkan pembelajaran kanak-kanak. 
             Guru sebagai  pemandu ( Instructor ) perlu mempraktikkan perkara berikut:
·       Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan yang konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan  untuk memulakan perbualan. Guru menarik perhatian kanak-kanak sebagai contoh bahan blok. Guru boleh juga sediakan bahan yang baru.
·       Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.
Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk  kanak-kanak, tentu banyak jawapan  yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah  mudah didekati, peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar ”warmth,sensitivity,energy, sense of humor, flexibility,or patience.” (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).

    Saya rasa entri kali ini mungkin cukup panjang..seperti panjangnya laluan 2013 yang kaan bermula tak beberapa lama lagi..seperti panjang perjalanan 2013..tetapi dengan kesibukankerja kita nanti ..kita akan merasakan..sekejapnya masa berlalu.Harapan dan doa saya semoga entri kali ini memberi info kepada kita semua rakan guru..

Sekian dari saya,
Tulus Etika..

Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?