Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Tuesday, April 24, 2012

Syukuri hidup..nikmati Kehidupan...

Assalammualaikum,
Buat pembaca yang sering mengikuti blog saya ni..di waktu yang agak terhad ini..saya ingin berkongsi cerita,berkongsi ilmu dan mungkin juga berkongsi idea.Pendidik ..?terlalu luas maksudnya..guru?..ibu..anak..pemimpin..pekerja...?Masing-masing mempunyai skop dan tugas yang berbeza tapi masih berdiri di atas panji TUGAS dan TANGGUNGJAWAB..
Sesuatu yang berlaku di celah kehidupan perlu ditafsirkan, perlu dihurai dan dicari makna yang tersirat. Apa yang lebih penting, hikmah dan iktibar disebalik sesuatu yang berlaku itu.Siapa yang tak pernah silap?siapa yang tak pernah gagal?siapa yang tak pernah rebah dan kecundang?Siapa yang tak pernah kecewa akan pilih kasih dan penganiayaan dari orang lain?Hampir semua di antara kita sama ada yang membaca atau tidak mengalami situasi kekecewaan ini dan pernah merasa sakitnya tersembam..sedihnya dengan linangan air mata ..apatah lagi jika menjadi mangsa keadaan dan dianiayai.Soal berapa kali,berapa kerap bukanlah pengukur untuk menunjukkan kelalian dengan dugaan tersebut..namun apa yang lebih penting ialah..semua di antara kita adalah memperbaiki kesilapan itu, tak mengulangi kegagalan dan bangun setelah rebah.
Kadangkala..kita pasrah dengan nasib dan takdir.Namun pasrah itu bukanlah seharusnya ditafsirkan sebagai mengalah atau terus berserah.Tetapi pasrah itu patut dijadikan petunjuk arah untuk satu kehidupan yang lebih cerah.Ingat, mengalah bukan kalah.Pasrah bukan berserah!
Namun..bila melayari tugas dan tanggungjawab..kadang2 kita sering terlupa..kita sering lalai malah tergelincir dalam garisan yang sepatutnya..Justeru itu..dalam ruang waktu yang terhad..ingin mencuri masa pembaca,berkongsi kata-kata semangat ..dalam kita melayari tugas kita sebangai HAMBA ALLAH di muka bumi ini..bacalah petikan di bawah ini;
"Dengarkanlah sedikit ungkapan yang berisi 'sesuatu' yang berada di celahan waktu...yang dilahirkan oleh seseorang yang mungkin juga apa yang ada dalam fikiran setiap daripada kita.
Sebenarnya, kita hanya mempunyai 3 hari sahaja.
Yang Pertama : hari kelmarin.Kita tidak boleh mengubah apa pun yang telah terjadi.Kita tidak akan boleh menarik kembali perkataan yang kita ucapkan...Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan dan mengulangi kegembiraan yang telah kita nikmati kelmarin.Biarkan hari kelmarin pergi..:lepaskan saja...
Yang kedua : hari esok.Hingga mentari esok hari terbit..kita tidak tahu apa yang akan terjadi.Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari.Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari.esok hari yang belum tiba;biarkan saja....
Yang tersisa kini hanyalah hari ini.Pintu masa lalu telah tertutup;pintu masa depan belum terbuka.Pusatkan saja diri kita untuk hari ini.Kita dapat mengerjakan banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan hari esok.Hiduplah hari ini...kerana masa lalu dan masa depan hanyalah permainan fikiran yang rumit.Hiduplah apa adanya.Kerana yang ada hanyalah hari ini; hari yang abadi.
Perlakulah setiap orang yang dengan kebaikan hati dan rasa hormat, meski mereka berlaku buruk kepada kita. Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, kerana mungkin esok cerita sudah berganti.Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pada orang lain bukan kerana sesiapa mereka, tetapi kerana siapakah diri kita sendiri.
Jadi..janganlah biarkan masa lalu mengekang kita, atau masa depan membuat kita bingung, lakukan yang terbaik HARI INI dan lakukan sekarang juga!"

Tulus Etika;
dLa Hn (adaptasi dari majalah blues:04 selamanya)



Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

No comments:

Post a Comment