Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Monday, April 23, 2012

RPH oh RPH..

ASSALAMMUALAIKUM..
Salam pembaca,semua pasti sibuk dengan tugasan sebagai seorang guru prasekolah yang semakin mencabar.Namun dalam meniti kesibukan itu..tanggungjawab menyedia dan menyaipkan RPH perlu dilaksanakan.Kalau tidak..he he he..ada saje pemantau yang datang..ha ha ha terjawab jadinya.
Seperti mana-mana guru,saya juga turut sama memikul tugas dan tanggungjawab menyedia dan menyiapkan RPH untuk esok hari P&P..namun kalau kita sediakan RPH selepas P&P..ia bukan lagi Penyediaan P&P tetapi laporan P&P ..he he he.
Saya menyediakkan RPH dengan menaip..tetapi tidak dalam fail ..saya print dan tampal dalam buku RPH yang disediak..(yg perlu dibeli).Saya memang tidak mampu menulis..atas sebab2 yang tertentu..salah satu sebabnya ialah,ketika menyediakan RPH..saya sering menggunakan konsep..buatlah RPH seperti anda tidak hadir esoknya dan orang yang menggantikan tempat anda dapat mengetahui atau dapat membaca apa kehendak anda melalui penulisan RPH itu..walau realiti sebenar..kalau guru prasekolah tiada..hmmm tiada siapa yang ganti..biasalah kan?
Menulis RPH bagi saya seperti menulis cerita.Walau menggunakan kaedah menaip..saya mungkin boleh cut and paste aje..tetapi setiap tahun RPH itu tidak sama.Percayalah.JIka ada yang buat RPH secara komputer..just cut and paste..tiada kepuasan hati...mungkin kerana itu..saya akan duduk hampir 1 jam dalam menyediakan RPH..
Walau apa pun cara,konsep serta formatnya..cukuplah bagi saya penulisan RPH saya menepati kehendak Pekeliling Ikhtisas BIL.3/1999..yang lain penambahan..saja syok sendiri untuk memudahkan kefahaman saya..kalau nak menulis..hmmm mungkin 3 mukasurat baru cukup..tambahan pula tulisan saya tidak cantik.
Akhir sekali..terpulanglah cara apa atau mcm mana format yang kalian gunakan..bagi saya..format ini adalah ciptaan saya sendiri ..yang saya buat penambaikan berdasarkan format sedia ada yang disyorkan oleh JPN.Jika format saya ini agak keterlaluan..tegurlah saya..tapi saya paparkan format penulisan RPH ini..bukan untuk dijadikan ikutan..tapi hanya sekadar perkongsian ilmu untuk yang mahu berkongsi.kalau tak mau kongsi..hmmm..saya boleh kata.."Kalau tak boleh jadi garam..jangan jadi langau"..itu aje..
Boleh lihat ..penulisan RPH saya seperti link di bawah ini:(Rutin penutup tidak tertulis di situ..dah buat link baru perasaan..sori yea)

Tulus Etika;
dLa Hn

Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

No comments:

Post a Comment