Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Thursday, March 15, 2012

biLa HAtI tERdEtIK..jari mula berkata-kata

Assalammualaikum pembaca blog yang budiman,
Lama saya tidak mengetangahkan ilmu2 dan info tentang dunia pendidikan prasekolah dan juga dunia pendidikan amnya.kadang-kadang keterbatasan waktu /masa dengan kepelbagaian kerja menjadikan menulis blog ini sebagai pilihan yang ketiga atau yang ke-empat.
Situasa P&P berjalan seperti biasa,banyak program yang telah dijalankan di prasekolah SKAP ..antaranya ialah Penyampaian hadiah motivasi kepada murid yang mempunyai rekod kehadiran yang memuaskan untuk bulan Januari dan Febuari.Seramai 35 orang telah berjaya hadir tanpa ponteng pada 2 bulan tersebut.Ini menjadi pemangkin kepada semangat untuk belajar di kalangan murid-murid prasekolah.
Bercakap tentang murid-murid Prasekolah,terpanggil saya untuk menyatakan akan Hak Asasi mereka.Dalam kita mendidik mereka kadang2 kealpaan kita apabila diselubungi dengan perasaan amarah kadang-kadang boleh menjadikan kita hilang sabar dan pertimbangan.Jiwa kanak-kanak..sememangnya begitu ..mencabar kesabaran kita..kadang2 anak2 dirumah pun kita tak sanggup nak didik..inikan pula seramai 25 orang.
Pun begitu,itu bukanlah alasan untuk kita sebagai seorang Guru (tidak kira guru prasekolah,pemulihan,pendidikan hatta guru aliran perdana)untuk bertindak diluar kawalan yang menjadi contoh kepada murid-murid.
Kita ..guru..hanya manusia biasa..itu memang sinonim..tapi itu juga tidak boleh dijadikan alasan atau helah bela diri kita..tatkala satu kekhilafan telah kita lakukan kepada anak murid kita.Bermuhasabah diri dengan apa yang telah terjadi ..membuatkan saya mencari ilmu dan pengetahuan tentang PENGURUSAN DISIPLIN yang sepatutnya di sekolah dan mencari info..apakah perkara2 yang membolehkan dan menyebabkan ibubapa boleh menyaman seorang guru (bukan niat nak menyaman guru) tetapi apakah tindakan yang kita lakukan telah membolehkan ibubapa atau waris murid menyaman kita (guru)
bila bercakap akan ibu bapa..kadang2 kita sebagai seorang guru terlalu angkuh dengan 'title" guru pada kita..mungkin kerana "gah" dan "angkuh" itu..menjadikan kita(guru)..lupa diri dan melatah sakan (lebih dari joyah) bila ada ibubapa yang mengadu akan ketidak adilan kita(guru) pada anak mereka..dan akhirnya..anak mereka menjadi bahan sindiran disekolah..dimana keadilan disini..?apabila lontaran "bahasa-bahasa kiasan" itu telah membunuh semangat belajar anak murid kita.
Kadang-kadang kita terlupa..malahan bukan hanya guru biasa..ustaz dan ustazah juga akan terlepas kata dan terlupa..bahawa kita makin lama menghitung usia..dan anak didik kita akan meningkat dewasa..dunia ini putaran alam..jika lontaran 'herdik' atau kata2 'manis' yg kita lontarkan itu tersemat dihati mereka..dan dengan kuasa Allah jua..bila suatu masa..kita mungkin dalam kesusahan..'anak murid' inilah yang mungkin tempat kita untuk mengadu atau memohon pertolongan..inilah yang saya sering kata..bukan durian lenyek mentimun.
.tapi mentimun yang lenyek durian..bila durian sudah jadi tempoyak.
Mungkin info tentang PENGURUSAN DISIPLIN yang saya ambil dari JPN Johor ini sedikit sebanyak membantu kita "PENDIDIK" untuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan jujur..Baik atau buruk yang kita lakukan..sepatutnya TAUHID kita patut jelas..
ALLAH MAHA MENGETAHUI(walau kita sembunyikan kebenaran) dan
ALLAH LEBIH BERKUASA dari segala pentadbir yang berkuasa di sekolah kita.

Tulisan ini..hanyalah lontaran buah fikiran untuk mengingatkan diri supaya sentiasa berhati-hati dan melaksanakan tugas sebagai pendidik dengan bertanggungjawab dan amanh..kepada pembaca yang terasa hati apabila membaca blog ini..terlebih dahulu saya hulurkan kemaafan..sesungguhnya Yang Baik datangnya dari ALLAH dan keburukan itu adalah KELEMAHAN saya sendiri.

"TULUS ETIKA"
Saya yang bernama NORADILAH BINTI HAJI NAIN

Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

No comments:

Post a Comment