Terpanggil dengan cadangan atau arahan dari Pn Azizah..saya uploadkan minit-minit curai yang telah saya buat.Sebenarnya minit-minit curai ini telah ditulis dengan tangan..bila nak scan dan uploadkan di sini ia nampak tidak cantik jadi saya taip semula untuk tatapan pembaca.
Dalam minit curai ini,saya tidak masukkan Sambutan Konvokesyen Daerah kerana saya berpendapat semua guru Prasekolah Kerian terlibat.Gambar dan situasinya semua sudah mengetahui.
Minit-minit curai ini saya paparkan yang berkaitan dengan prasekolah sahaja,maksudnya ada juga mesyuarat lain yang saya hadiri seperti dari Pergerakan Puteri Islam Daerah dan Kelab Guru Cemerlang.Oleh kerana ia tiada perkaitan saya tidak uploadkan disini.
Melalui minit-minit curai ini,saya harap pembaca dapat mengetahui bahawa inilah mesyuarat yang saya hadiri dalam tahun 2011 yang ingin saya berkongsi dengan rakan-rakan guru prasekolah daerah Kerian khususnya.Untuk pengetahuan juga,bagi tahun 2011 ini tiada sebarang kursus yang saya hadiri.Saya harap pembaca dapat memahami akan perbezaan antara kursus dan mesyuarat.Tajuk minit curai yang saya tulis juga adalah sama dengan tajuk surat panggilan mesyuarat yang saya terima.
Harapan saya,minit-minit curai yang saya kongsi bersama ini akan membantu rakan-rakan dan menjelaskan bilangan mesyuarat yang sebenarnya yang saya hadiri bagi tahun 2011.
Sekian,Harap maklum.
PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI
TULUS ETIKA,
NORADILAH BT HAJI NAIN
No comments:
Post a Comment