WALAUPU SESEKALI PERLU BERKASAR
JIKA SUARA MAHU DIDENGAR
BUKAN BERKOKOK BERDEGAR-DEGAR
BERGANJAK MENERJAH KE DEPAN ATAS RASA KESEDARAN
BERDIAM TAK MUNGKIN SELESAIKAN CARA
BERSOPAN MELONTAR KATA
USAH KERANA TERSILAP BAHASA TERCALIT CERCA DI PUNDAK BANGSA.
TANGKAS MENGATUR GERAK HEMAH DALAM BERTINDAK
DIATUR TUTUR USAH SAMPAI TERLAJAK
TUNDUK BERLEMBUT USAH SAMPAI DIPIJAK
BEBAS BERTEGAS USAH DIANGGAP BERLAGAK
KEBENARANNYA PASTI BERTAKHTA
TAK PERLU DITAGIH DIPINTA.
KEPERIBADIAN PERLU DIGILAP
AMANAH JUJUR DIGARAP
LANGKAH USAH TERSESAT
TAAT BIAR BERTEMPAT
USAH ADA YANG TERSIRAT
SOKONG BIAR BERHEMAH...USAH SOKONG MEMBAWA PADAH
DALAM TANGKAS BERTINGKAH...BERHATI-HATI TERSONGSANG LANGKAH
LEMBUT DAN MANIS DI DEPAN...SEMBILU BIAS DITUSUK DI BELAKANG
MARUAH BANGSA DIPERLEKEH...ASAL HAJAT MUDAH DIPEROLEH
BIASAN TAMAK BERLEBIH-LEBIH...
BIARLAH KEJUJURAN MULIA DI AWAL PERJALANAN
DI AKHIRNYA BERTAUT JUA KEIKHLASAN
BERMUKA-MUKA BUKANNYA AMALAN...
DAN USAH BERDIRI ATAS NILAI HARGA DIRI..SEDANGKAN BANGSA SENDIRI DIKHIANATI....
No comments:
Post a Comment