TAK PERLU KURANG AJAR
WALAUPUN SESEKALI PERLU BERKASAR
JIKA SUARA MAHU DIDENGAR
BUKAN BERKOKOK BERDEGAR-DEGAR
BERGANJAK MENERJAH KE DEPAN
ATAS RASA KESEDARAN
BERDIAM TAK MUNGKIN SELESAIKAN CARA
BERSOPAN MELONTAR KATA
USAH KERANA TERSILAP BAHASA
TERCALIT CERCA DI PUNDAK BANGSA
TANGKAS MENGATUR GERAK
HEMAH DALAM BERTINDAK
DIATUR TUTUR USAH SAMPAI TERLAJAK
TUNDUK BERLEMBUT
USAH SAMPAI DIPIJAK
BEBAS BERTEGAS
USAH DIANGGAP BERLAGAK
KEBENARANNYA PASTI BERTAKHTA
TAK PERLU DITAGIH DIPINTA
KEPERIBADIAN PERLU DIGILAP
AMANAH JUJUR DI GARAP
LANGKAH USAH TERSESAT
TAAT BIAR BERTEMPAT
USAH
SOKONG BIAR BERHEMAH
USAH SOKONG MEMBAWA PADAH
DALAM TANGKAS BERTINGKAH
BERHATI-HATI TERSONGSANG LANGKAH
LEMBUT DAN MANIS DI DEPAN
SEMBILU BIAS DITUSUK DI BELAKANG
MARUAH BANGSA DIPERLEKEH
ASAL HAJAT MUDAH DIPEROLEH
BIASAN TAMAK BERLEBIH-LEBIH
BIARLAH KEJUJURAN MULIA
DIAWAL PERJALANAN
DI AKHIRNYA BERTAUT JUA KEIKHLASAN
BERMUKA-MUKA BUKANNYA AMALAN
DAN USAH BERDIRI
ATAS NILAI HARGA DIRI
SEDANGKAN BANGSA SENDIRI
DIKHIANATI.
No comments:
Post a Comment