Prasekolah SK ALOR PONGSU

DATANG DENGAN HARAPAN..PULANG DENGAN SENYUMAN .... BAWA KEJAYAAN...

PRASEKOLAH PERAK BERKUALITI...PERAK SENTIASA DIPUNCAK KEGEMILANGAN

Tuesday, October 13, 2009

TEMA CUACA


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRASEKOLAH SKAP

CATATAN LAWATAN

30 JUN 2009 (SELASA)
KE GUA KELAM,PERLIS
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRASEKOLAH
6.00 – 6.45 pagi
• Berkumpul di SK Alor Pongsu
• Seramai 61 orang murid Prasekolah dan 15 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan ini.
• Lawatan ini juga melibatkan ibu/bapa/penjaga waris kepada murid-murid prasekolah ini.
• melibatkan 3 buah bas.
6.45 – 12.00 tgh
• Perjalanan ke Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat Perlis.
• Murid-murid begitu gembira dan teruja apabila dapat melihat secara dekat haiwan Reptilia ini.
• Pelbagai jenis sepsis ular terdapat di sini seperti ular tedung sela,ular sawa batik,anaconda,buaya,kura-kura dan sebagainya.
12.00 tgh-1.00 petang Semua peserta lawatan menjamu selera di Restoran
Tok Mek Beseri,Perlis.
• Tempahan makan tengahari telah dibuat dengan lebih awal.
• Semua peserta berselera ketika menjamu juadah tengahari.
• Para peserta selesa menjamu selera di sini.
1.00 – 4.00 petangSemua peserta membersihkan diri dan menunaikan solat
di Surau Gua Kelam Perlis.
• Selesai solat Zohor,semua peserta di bawa melihat suasana di dalam Gua Kelam 2 dengan menaiki tren.
• Peserta diberi penerangan akan suasana,sejarah dan reka bentuk batu batan di dalam Gua Kelam ini oleh petugas di sana.Semua peserta teruja melihat keajaiban dan kekuasaan Allah.
4.00 ptg-6.00ptg
• Mengunjungi pusat membeli belah di Padang Besar,Perlis.
• Peserta di beri peluang melihat sambil membeli belah barangan di sini sebagai kenang-kenangan.
6.00 petang – Perjalanan pulang.
• Peserta singgah sebentar di Perhentian Juru untuk makan malam,pengurusan diri dan Jamak Solat Maghrib dan Isyak.
10.30 malam Alhamdulillah semua peserta selamat sampai di sekolah tanpa berlaku sebarang kecelakaan atau kecederaan.
• Keseluruhannya program Lawatan Sambil Belajar Prasekolah ini berjaya.
Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?

RENUNGAN BERSAMA

TAK PERLU KURANG AJAR

WALAUPUN SESEKALI PERLU BERKASAR

JIKA SUARA MAHU DIDENGAR

BUKAN BERKOKOK BERDEGAR-DEGAR

BERGANJAK MENERJAH KE DEPAN

ATAS RASA KESEDARAN

BERDIAM TAK MUNGKIN SELESAIKAN CARA

BERSOPAN MELONTAR KATA

USAH KERANA TERSILAP BAHASA

TERCALIT CERCA DI PUNDAK BANGSA

TANGKAS MENGATUR GERAK

HEMAH DALAM BERTINDAK

DIATUR TUTUR USAH SAMPAI TERLAJAK

TUNDUK BERLEMBUT

USAH SAMPAI DIPIJAK

BEBAS BERTEGAS

USAH DIANGGAP BERLAGAK

KEBENARANNYA PASTI BERTAKHTA

TAK PERLU DITAGIH DIPINTA

KEPERIBADIAN PERLU DIGILAP

AMANAH JUJUR DI GARAP

LANGKAH USAH TERSESAT

TAAT BIAR BERTEMPAT

USAH ADA YANG TERSIRAT

SOKONG BIAR BERHEMAH

USAH SOKONG MEMBAWA PADAH

DALAM TANGKAS BERTINGKAH

BERHATI-HATI TERSONGSANG LANGKAH

LEMBUT DAN MANIS DI DEPAN

SEMBILU BIAS DITUSUK DI BELAKANG

MARUAH BANGSA DIPERLEKEH

ASAL HAJAT MUDAH DIPEROLEH

BIASAN TAMAK BERLEBIH-LEBIH

BIARLAH KEJUJURAN MULIA

DIAWAL PERJALANAN

DI AKHIRNYA BERTAUT JUA KEIKHLASAN

BERMUKA-MUKA BUKANNYA AMALAN

DAN USAH BERDIRI

ATAS NILAI HARGA DIRI

SEDANGKAN BANGSA SENDIRI

DIKHIANATI.


Tq sudi baca,rajin-rajinlah click LIKE button tu ?