Sebelum memperkatakan Etika;apa itu etika..di sini saya berkongsi dengan pembaca akan makna etika itu sendiri;Bacalah para pembaca semua...
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah “Ethos”, yang berarti watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkaitan erat dengan perkataan moral yang merupa¬kan istilah dari bahasa Latin, yaitu “Mos” dan dalam bentuk jamaknya “Mores”, yang berarti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghin-dari hal-hal tindakan yang buruk.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat pula; Etika bermaksud(étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera.
Setelah membaca definisi dan maksud etika ini, marilah sama-sama kita meneruskan pembacaan kita bawah ini untuk menambah ilmu pengetahuan kita dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ini.Jom baca..
10.8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PRASEKOLAH
Adakah anda seorang guru
prasekolah yang baik?
Perkara
yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :
· meletakkan
kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang utama.
Kanak-kanak adalah kanak-kanak, mereka
perlu diterima, dihormati dan dilayan
dengan cara yang terbaik.
· Anda sentiasa
menunjukkan kelakuan yang mengambil berat tentang mereka. Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan
kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan pada bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika perlu
dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil
berat terhadap mereka.
10.8.1
Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak
Sebagai
pendidik kanak-kanak adalah wajar anda
mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut:
· Peka terhadap perasaan
kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
· Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan
kanak-kanak kami daripada hal-hal lain.
· Sedia mendengar
suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
· Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada
kanak-kanak.
· Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan dan memaksimakan komunikasi
bersama kanak-kanak.
· Sentiasa melindungi
hak kanak-kanak.
· Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa
mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,
keturunan atau agama.
· Menerima kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan menggunakan aspek yang
positif dalam kumpulan kanak-kanak.
· Membuat kawalan yang baik daripada membuat ugutan (threatening).
· Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi
galakan dan memberi peluang kejayaan
kepada kanak-kanak serta memberi sokongan
apabila mereka dalam keadaan yang
kebingungan dan keliru.
· Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah
laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
· Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi dalam kumpulan.
· Meningkatkan dan memaksimakan komitmen terhadap kekuatan dan potensi
kanak-kanak.
· Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu
tahap penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran
mereka.
Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )
P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat dalam
membahayakan kanak-kanak dengan
apa cara sekali pun. Kita tidak boleh
menindas, merosakkan
anggota fizikal kanak-kanak.
P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti
yang mendiskriminasi kanak-kanak
yang
memberi kelebihan kepada
aktiviti yang berlandaskan agama, bangsa,
warganegara, kebolehan,
status, kelakuan atau
kepercayaan ibu bapa mereka.
P-1.3.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang
berilmu dalam memberi keputusan
yang wajar dan melibatkan kepentingan
kanak-kanak.
P-1.4.Kita
perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
fizikal, seksual, lisan dan emosi
serta tahu tentang undang-undang dan
akta dalam
melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila
kita mempunyai bukti tentang penderaan
kanak-kanak, kita perlulah
melaporkan kepada pihak yang berkenaan
dan pastikan tindakan sewajarnya akan
diambil.
|
10.8.2 Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Pendidik
kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga
kanak-kanak seperti:
· Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang
mementingkan manusia lain.
· Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap
anak-anak mereka.
· Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan
semua maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang berhak
mengetahuinya.
· Kita tidak boleh menceritakan hal kanak-kanak di hadapan ibu bapa mereka,
kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-kanak.
· Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang
erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
· Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
anak-anak mereka dan menggunakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
· Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.
· Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi
oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga
( Etika NAEYC)
P2.1 Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga
kanak-kanak daripada memasuki bilik
darjah.
P2.2 Kita akan memberitahu
keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi
dan kelayakan akademik
P2.4 Kita akan melibatkan keluarga
dalam membuat keputusan penting yang
melibatkan anak mereka.
P2.5 Kita akan memberitahu
keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan
semasa di sekolah.
P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan
yang melibatkan kanak-kanak
dan mereka akan diberi peluang sama ada
memberi atau tidak memberi
persetujuan.
P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga.
Kita tidak
akan menggunakan perhubungan
kita dengan keluarga untuk kepentingan
peribadi atau keuntungan
diri sendiri.
P2.8 Kita akan mengekalkan
kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak
mereka terhadap hal-hal
peribadi.
|
10.8.3 Etika Tanggungjawab Kepada Masyarakat
Guru pendidikan awal kanak-kanak harus memupuk kesantunan diri kepada kanak-kanak di bawah jagaannya supaya menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua
· Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran
yang bertentangan dengan adat dan budaya
masyarakat.
· Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh masyarakat.
· Mempamerkan bahasa
pertuturan yang baik untuk menjadi
ikutan kanak-kanak dan keluarga.
· Menunjukkan cara berpakaian yang sopan
dan terpuji.
Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala
tanggung jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
· Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sumbang pada mata masyarakat.
· Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru
dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
10.8.4 .
Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir
Guru mempunyai
etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar atau pengurus
di premis nursery iaitu :
· sentiasa patuh kepada arahan perkhidmatan
atau arahan guru besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan menepati masa datang dan waktu balik sangat penting.
· Guru mesti datang
awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah. Guru tidak boleh balik sebelum kanak-kanak semua balik ke
rumah masing-masing.
· Guru perlu
menunggu kanak-kanak sehingga ibu
bapa mereka menjemput mereka balik.
· Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan masa paling lewat untuk mengambil anak mereka
dan sekiranya lewat perlu dimaklumkan
lebih awal dan bayaran lebih masa perlu dikenakan mengikut jam yang ditetapkan.
· Guru tidak boleh meninggalkan kanak-kanak tanpa guru lain atau pembantu. Kita
perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-kanak.
· Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan
perlu direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
· Guru hendaklah
membuat permohonan kepada pentadbir sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk
aktiviti lawatan dan mendapatkan keizinan
dari ibu bapa atau penjaga tentang lawatan yang hendak dilaksanakan.
· Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat
arahan dari pentadbir, dan sekiranya memungut
yuran atau sumbangan wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan
sekolah.
10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja
Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah
menjadi ahli dan rakan sejawat
kepada anda dalam
melaksanakan aktiviti–aktiviti di prasekolah. Anda yang menentukan senarai
tugas yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah. Antara tugas yang yang
mesti dilakukan oleh pekerja adalah
seperti berikut:
· Mempastikan
prasekolah sentiasa bersih dan
kemas di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas
kanak-kanak meninggalkan bilik darjah.
· Memasak makanan mengikut
menu yang anda ditetapkan pada setiap hari. Anda memastikan makanan yang
dimasaknya sentiasa bersih dan cara
masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan elakkan
keracunan makanan.
· Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
· Anda perlu
membimbing pekerja supaya memahami psikologi kanak-kanak dan
bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk kanak-kanak
melakukannya contohnya sentiasa
mengucapkan terima kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya
kanak-kanak melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.
10.9 GURU SEBAGAI MODEL
Seorang guru
prasekolah mesti berkelakuan
baik dan berfikir dengan cara yang
berbeza daripada guru sekolah
rendah. Guru prasekolah perlu
mempunyai keyakinan diri untuk berbuat
sesuatu, cekap dalam pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam ilmu
pengetahuan. Guru perlu menunjukkan
model yang baik .
”If we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then we must
do the same to them.” ( Betty 2004 )
Guru mestilah melakukan
perkara-perkara yang positif seperti berikut:
· Bercakap dengan
lemah lembut.
· Biar kanak-kanak tahu
yang guru memuji apa yang baik
mereka lakukan.
· Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak
secara individu supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan memang
istimewa.
· Guru menunjukkan
cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh duduk di atas meja atau minum sambil
berjalan.
· Demonstrasi
kelakuan yang sopan dengan
orang dewasa yang lain dalam bilik darjah. Ini kerana kanak-kanak sangat berminat untuk memerhati
orang dewasa berinteraksi dan
selepas memerhatikan kanak-kanak akan
meniru tingkah laku tersebut.
· Galakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja
kanak-kanak. Bermain adalah konsep
belajar yang merupakan pengalaman yang bermakna.
· Guru sebagai pengurusi. Guru memberi peluang kepada
kanak-kanak kebebasan dan berdikari
untuk membuat keputusan tentang aktiviti
yang mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..”Play
is a natural avenue for children learning” Beri peluang kanak-kanak
memilih alat mainan yang mereka minati.
Guru menjadi fasilitator bermakna
memudahkan pembelajaran kanak-kanak.
Guru sebagai pemandu ( Instructor ) perlu mempraktikkan
perkara berikut:
· Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan
yang konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan untuk memulakan perbualan. Guru menarik
perhatian kanak-kanak sebagai contoh bahan blok. Guru boleh juga sediakan bahan
yang baru.
· Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.
Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak jawapan yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah mudah didekati, peka, bertenaga, jenaka,
fleksibel, atau sabar ”warmth,sensitivity,energy, sense of humor,
flexibility,or patience.” (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).